Sabtu, 2009 Ogos 08

Asal Amalan Kebatinan Nusantara

0 ulasan
Di Nusantara, masyarakat Melayu terkenal dengan istilah "Amalan Kebatinan" sejak kedatangan para pedagang Arab yang menyebarkan ajaran Islam. Amalan Kebatinan sendiri istilahnya berasal dari kosa kata Arab iaitu 'AMAL dan BATHIN. 'Amal merujuk pada sesuatu pekerjaan seperti amal buruk atau amal kebaikan. Sedangkan Bathin merujuk kepada dalaman manusia yang bersifat halus atau seni. Ia juga boleh dirujuk sebagai tenaga atau sesuatu energi.

Dari segi istilah "Amalan Kebatinan" membawa maksud Ilmu bersifat mistik. Dari segi bahasa "Amalan Kebatinan" bermaksud satu amalan pengolahan tenaga yang bersifat mistik atau ghaib yang dilakukan oleh seseorang samada untuk mempertahankan diri, melakukan rawatan, atau amalan Kesufian dalam Tariqat (Tasawwuf).

Secara umum, amalan kebatinan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan perkaitannya dengan kepercayaan agama. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, amalan bertapa yang menjadi kebiasaan bagi sami Hindu dan Buddha dilakukan dalam amalan Yoga dan Meditasi. Begitu juga dengan amalan kebatinan para rahib-rahib Nasrani. Untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan mereka perlu mengorbankan hawa nafsu dengan tidak berkahwin. Mereka bermeditasi di sudut-sudut menara mereka senantiasa menyebut nama Tuhan seperti yang berlaku di Eropah.

Setelah kedatangan Islam ke Nusantara suasana amalan kebatinan kehinduan dan kebuddhahan para sami telah mendapat nafas baru setelah mereka berjaya diislamkan. Disebabkan para pendakwah Arab menyebarkan Islam dengan cara Sufi (Tasawwuf) yang juga punya cara beramal Tafakur dan Berzikir (meditasi) yang hampir sama bentuknya, menyebabkan pengislaman Nusantara begitu mudah.

Uzlah (berzikir) dalam amalan Sufi tidak jauh beza dengan Meditasi para sami Hindu dan Buddha. Yang membezakannya ialah pengisian dan kepercayaan. Uzlah zikir telah menggantikan bertapa atas gunung-ganang oleh para pengamal ilmu kebatinan Kuno dengan pengisian zikrullah dan pengajian agama Islam. Islam masuk mengubah kaedah rawatan dan pengubatan kuno kepada Islam yang menggunakan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Walau bagaimana pun kaedah Kuno amalan kebatinan (seperti pertapaan) masih wujud turun-temurun yang diwarisi para pawang dan bomoh yang masih bertahan dalam kumpulan persilatan Melayu hingga kini. Hinggakan perbomohan seperti penggunaan Jin-jin khadam dalam rawatan termasuk dalam persilatan telah bercampur aduk dengan kaedah rawatan Islam.

Dalam konteks Amalan Kebatinan Nusantara kita akan dapati tiga bentuk atau kaedah Amalan Kebatinan.
  1. Pertama amalan Kebatinan Islam.
  2. Kedua, amalan Kebatinan Islam bercampur perbomohan sihir.
  3. Ketiga, amalan Kebatinan Perbomohan dan Pawang sihir semata-mata.
Bersambung.....

Artikel disediakan oleh Asreemoro.
Melalui email tausugglobal@gmail.com

Rabu, 2009 Julai 08

Teknik Mempertajamkan Imaginasi atau Bayangan (Makrifat)

0 ulasan


Berikut adalah panduan kepada Ahli GS bagaimana mengaplikasikan Imajinasi (Makrifat) untuk hasil jurusan yang lebih tepat dan mudah.

Sila dapatkan panduan yang lebih power berbanding video di atas kepada ahli gerak sejati yang lebih senior. Untuk mendapatkan rasa serangan (aura) mesti melakukan gerak tempur dahulu. Ia terbukti sekiranya berlaku pertempuran sebenar. Yang penting ahli gerak selalu menjana power kat rumah. Jangan sampai hanya kat dewan jurus je baru nak berjurus. Sediakan payung sebelum hujan.

Penulis tamu:
Asreemoro

Isnin, 2009 Julai 06

Kursus: Rawatan Alternatif Jun 2009

0 ulasan
Laporan Kursus GS Bulan Jun 2009

Pada 14hb Jun, 2009 Penawar Sejati (PS) telah mengadakan satu kursus rawatan alternatif kepada ahli Gerak Sejati (GS) seluruh Semenanjung Malaysia termasuk beberapa orang ahli dari Sabah. Kursus tersebut diadakan bukan sahaja sebagai memenuhi jadual kursus tahunan Penawar Sejati malah sebagai wadah perjuangan untuk menawarkan rawatan alternatif Islam kepada masyarakat.

Umum mengetahui terdapat pelbagai rawatan di luar sana dengan pelbagai kaedah termasuk perbomohan semakin hari semakin banyak. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin membimbangkan umat Islam samada kaedah yang mereka tawarkan benar-benar bersih dari unsur-unsur kurafat dan sebagainya yang bertentangan dengan syariat.

Ustaz Nazri Hussein menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam umumnya dan ahli Gerak Sejati khususnya untuk menawarkan rawatan alternatif berasaskan Syariat Islam kepada ummah agar mereka terhindar dari mendatangi para kahin, ahli nujum dan para bomoh yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Seorang dari Perawat Penawar Sejati menambah, untuk membenterasnya (perbomohan) tidaklah boleh dilakukan dengan kekerasan seperti menyerang pusat-pusat rawatan mereka. Ia perlulah dilakukan dengan hikmah seperti menambahkan pusat-pusat rawatan alternatif Islam seperti yang sudah sedia ada contohnya Pusat Rawatan Islam Darussyifa', Darussalam, Al-Haz dan sebagainya.

Hal ini perlulah dilihat oleh para ahli Gerak Sejati sebagai medan dakwah mereka sekali pun mereka bukanlah kesemuanya alim dalam aliran agama. Malah dengan menawarkan kursus rawatan alternatif berasaskan Islam ini secara terbuka akan dapat membantu generasi muda menghindarkan diri dari melakukan kerja-kerja tidak bermoral. Belajar rawatan kepada generasi muda tidak sahaja merawat diri sendiri malah keluarga dan masyarakat.

Muhalid Aziz yang bekerja sebagai Animator di Cyberjaya berkata "Kaedah rawatan PS ini sangat menarik bagi saya kerana memberikan saya peluang belajar cara dan kaedah merawat diri sendiri serta keluarga." Beliau juga yang sudah berumahtangga menambah "Terima kasih kepada Ustaz Nazri dan ahli jawatan kuasa PS kerana bayaran kursus yang saya rasa paling murah di dunia... terima kasih... Errr boleh tak ditambah lagi lauk pauk dimasa akan datang.. Teheheh".

Seorang pengusaha restoran di Bandar Baru Bangi, Mat Top berkata "Satu kursus yang menarik dan menambah ilmu, terima kasih kepada Ustaz Nazri dan kawan-kawan yang turut membantu.. Ilmu ni kalau dipraktikkan dengan betul akan membawa manfaat insyaAllah. Air Tea-O pun sedap tahniah kepada yang buat air kerana kat restoran saya pun tiada tea-o sedap macam ni."

Mohd Irham Abu Bakar seorang pekerja perhotelan di Pulau Langkawi menyatakan bahawa kursus ini sangat menarik dan tidak merasa rugi datang jauh-jauh dari Pulau Langkawi. Beliau juga sangat mengharap dapat menghadiri kursus rawatan lain seperti rawatan Barah & Santau, Bekam dan Refleksologi dalam masa terdekat. Beliau mengambil keputusan bekerja di Kuala Lumpur buat sementara untuk dapat mengikuti kursus selanjutnya.

Berlainan dengan Zamzuri Zahari seorang Pegawai Bank di Damansara menyatakan bahawa kursus rawatan kali ini adalah kursus kali kedua yang beliau hadiri dan mendapati kaedah rawatan PS sangat efektif untuk membantu diri dan keluarga. Beliau juga mencadangkan "Agar ahli Gerak Sejati yang dapat peluang kursus perubatan ini senantiasa datang menghadiri lebih kerap pada hari rawatan di Klinik untuk praktikal. Kerana kalau tidak dipraktik ia akan hilang begitu sahaja."

Seorang pelajar KDU di Damansara dalam jurusan undang-undang berkata "Walau pun saya datang lambat tetapi masih sempat menambah ilmu yang saya rasa berguna untuk diri saya. Sebenarnya ayat-ayat Quran yang digunakan dalam kursus rawatan ini saya sudah hafal sejak dibangku sekolah menengah lagi tetapi untuk kegunaan atau aplikasinya baru hari ni saya faham." Beliau yang di kenali dengan nama Abdul Rahman Razali menambah "Saya sarankan kepada rakan-rakan sebaya agar dapat belajar senaman olah nafas ini sebagai senaman yang menyihatkan tubuh badan. Bagi anak-anak muda adalah lebih baik dijadikan sebagai 'Filler' di masa lapang agar terhindar dari aktiviti negatif di luar sana."

InsyaAllah di masa akan datang kursus rawatan Barah dan Santau serta rawatan-rawatan lain yang difikirkan perlu oleh Guru Utama GS-PS akan menyusul. Dalam masa terdekat kursus Gerak Scan akan diadakan khusus buat ahli-ahli GS Meru, Shah Alam.

Laporan melalui email oleh: Asreemoro
tausugglobal@gmail.com

Jumaat, 2009 Julai 03

POWER Cinta!!

0 ulasan

Buat ahli Gerak Sejati yang masih bujang Treng teng teng harap bersabar dan tambahkan kesabaran mengharungi dunia bujang yang penuh gelora godaan dan cabaran. Dalam GS dengarnya bukan setakat anak dara yang ramai malah ada juga yang berstatus duda dan janda. Harap-harap Muslimin dan Muslimat GS dapat menjaga syariat dengan kesungguhan agar terhindar dari kezaliman. Kezaliman bukan setakat kita yang dizalimi atau kita yang menzalimi orang malah juga perbuatan dosa juga dikira menzalimi diri sendiri.

Renung-renungkanlah!!


Khairun-Najwa:
"Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzalimin"

Wallahu a'lam bisshawab


Khamis, 2009 Julai 02

POWER Dari Taubat!!

0 ulasan
Renungan buat semua ahli Gerak Sejati samada yang hampir-hampir kecundang atau pun yang kononnya masih lagi bertahan.

Diceritakan di HARI PEMBALASAN kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi segala tuduhan dinafikan olehnya dengan bantahan keras.

"Tidak!! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Aku tidak melakukan semua itu."

Malaikat bersuara "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa!!"

Orang tersebut menoleh ke kiri dan kanan, lalu ke segenap penjuru tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun seperti yang didakwa. Dia hanya bersendirian. Maka beliau pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kamu maksudkan? Di sini tiada siapa kecuali aku dan suara mu." Maka malaikat pun berkata "Nah, inilah saksi-saksi itu!!"

Tiba-tiba sahaja matanya yang terkebil-kebil angkat bicara "Saya yang memandangi!!" kata mata. Tiba-tiba telinga juga angkat bicara "Sayalah yang mendengarkan!!"

Hidung juga tidak ketinggalan "Aku lah yang mencium!!". Bibir pula menyampuk "Aku lah yang merayu!!" Lidah pula menambah "Aku lah yang menghisap!!" Tangan meneruskan "Aku lah yang meraba dan meramas!!" Kaki menambah "Aku lah yang dipakai lari olehnya setelah ketahuan (Kantoi)!!".

Malaikat pun berkata "Nah!! Kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuh mu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aib mu!!".

Orang tersebut tidak dapat menyanggah lagi. Beliau putus asa dan mula berdukacita, sebab sebentar lagi tubuh badannya bakal dibakar dan dihancur lumatkan ke dalam JAHANNAM. Pada hal beliau pada awalnya begitu yakin tidak bersalah. Tatkala beliau dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong kedengaran satu suara sayu penuh kelembutan, iaitu suara dari bulu matanya "Aku pun ingin membuat kesaksian!!" Malaikat pun membenarkan "Silakan".

"Aku berkata benar dan terus terang bahawa orang ini, ketika menjelang ajalnya, pada suatu malam, di tengah malam yang sunyi sepi. Aku pernah dibasahi dengan airmatanya ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

Bulu mata meneruskan "Bukankah Nabinya pernah berjanji bahawa apabila ada seorang hamba berdosa kemudian bertaubat, walau pun sehelai bulu matanya saja yang terbasahi air matanya dengan keinsafan, sudah cukup untuknya terlepas dari api neraka?"

Bulu mata menambah lagi "Maka aku, sehelai dari bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan TAUBAT hingga membasahi aku dengan air mata penyesalannya!!"

Dengan kesaksian sehelai bulu mata, orang tersebut telah dibebaskan dari api Neraka dan dimasukkan ke Syurga penuh kenikmatan. Sehinggakan terdengar satu suara yang bergema kepada para penghuni Syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk Syurga kerana pertolongan sehelai BULU MATA!!"

Email dari Asreemoro
tausugglobal@gmail.com

Ahad, 2009 Jun 28

Kepentingan Senaman Jurus Gerak Sejati (GS)

0 ulasan
Puchong, Selangor, 13 Jun 2009:
Beberapa bulan yang lalu ketika memantau latihan jurus GS di Dewan Serba Guna di Pansapuri Enggang Ust. Nazri mengingatkan para ahli jurus GS agar senantiasa berwaspada, iaitu dengan senantiasa membuat latihan jurus di rumah. Beliau sendiri melakukannya setiap hari selepas solat Subuh sebagai amalan rutin (harian).

"Sediakan payung sebelum hujan". Begitulah peringatan beliau kepada ahli GS yang kehadiran mencecah 40 orang ketika itu. Menurut beliau lagi walaupun ahli GS telah punya amalan "Lam Jalalah", amalan 3 Qul, Amalan Fidyah 7 Fatihah, Amalan Ayat Qursy dan lain-lain pendinding dari ayat-ayat Allah swt namun latihan nafas juga penting. Latihan pernafasan (Olah Nafas) mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan khusus untuk membangkitkan tenaga atau energy dalaman manusia.

Beliau mengingatkan para ahli GS agar senantiasa menjaga amalan-amalan fardhu. Tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang menggunakan Ilmu Allah swt (Tenaga Dalam-Aura) ialah mendirikan solat. Kerana dengan solat akan menjauhkan ahli GS dari melakukan perkara keji dan munkar. Melaksanakan syariat Islam tidak semestinya hanya ketika menyertai GS tetapi disemua keadaan dan suasana. Haruslah difahami, betapa hebatnya manusia pun tidak akan lari dari hakikat "yang dirinya adalah makhluk kerdil yang tiada daya upaya", kehebatannya dan kekuatan adalah datang dari izin Allah swt jua.


Ulasan:
Manusia sejak dahulu kala mengkaji kaedah pernafasan sehingga ahli sains sendiri mengakui tanpa nafas maka oksigen tidak akan memasuki tubuh badan. Tanpa Oksigen jasad manusia akan terpisah dengan ROH. Jasad kembali kepada tanah dan ROH kembali kepada Maha Pencipta.

Kepentingan melatih nafas keluar masuk dengan kaedah tertentu meyebabkan terkumpulnya energy oksigen yang dipenuhi cas positif. Sekiranya cas positif semakin banyak dalam tubuh badan maka sekirannya ada serangan dari cas-cas negatif, cas negatif akan tertolak dengan sendirinya dengan izin Allah swt (kebiasaannya penyerang pun ya niat negatif). Sekiranya kita melakukan senaman ini (Olah Nafas) dengan berterusan saluran darah akan mengalirkan darah (yang punya aura positif dari Oksigen) dengan lancar. Kiranya ada yang tersumbat maka akan terlerai dan diperbetulkan.

Tetapi kiranya ahli jurus punya bahan kotor dalam badan (seperti bahan Santau atau Racun) kebiasaannya latihan jurus tidak akan dapat dilakukan. Malah kalau dipaksakan, pengamalnya akan muntah darah atau keluar darah dari hidung dan telinga. Maka dalaman kenalah bersih dari bahan kotor sebelum melakukan jurus Olah Nafas ini.

Selasa, 2009 Jun 23

Foto kenangan Ahli GS Aktif Di Dewan Januari 2009

0 ulasan
Foto kenangan para hulubalang GS dengan baju jurus masing-masing. Sebenarnya ramai yang datang jurus hari tu, malangnya mereka tidak memakai baju GS sebab tu tak dibenarkan ambil gambar bersama. Mungkin baju GS mereka gantung buat perhiasan kat rumah. Thehehe!

Khamis, 2009 April 02

Misi Rawatan Ke Bumi Sulu (Filipina Selatan)

1 ulasan
Catatan Perjalanan Asreemoro:

Saya ke Jolo, Sulu (Filipina Selatan) sempena pertabalan Sultan Sulu (Sultan Bantilan Muizzuddin II ibni Datu Wasik Aranan) bermula 13hb hingga 24hb April 2009 dengan membawa misi perubatan alternatif (Rawatan Islam) dengan restu Guru Saya Ust. Nazri Hussein. Perjalanan ke sana bukanlah mudah semudah yang saya sangkakan. Memulakan perjalanan dari KL ke Sandakan, dari Sandakan kemudian menaiki kapal laut ke Zamboanga selama satu hari satu malam merentas Laut Sulu.

Di Zamboanga kebetulan saya mempunyai ibu saudara di sana (Hjh Dallama Sabarul) adik kandung ibu (Tak jumpa selama hampir 30 tahun). Bermalam satu malam di sana dan telah merawat pakcik (suami makcik), didapati beliau mengidap santau bisa. Saya tanya beliau kalau dia peniaga kerana penyakit seperti ini biasanya orang berniaga selalu kena. Dia kata dia memang berniaga ikan kering (Sirip Ikan Yu) ke Manila. Kebetulan ada daun Ganda Rusa di belakang rumahnya memudahkan rawatan. 

Salah seorang sahabat saya, seorang pensyarah di Universiti Zamboanga turut mengidap penyakit yang sama seperti pakcik saya, manakala isterinya pula saya dapati mengidap santau pengasih. Isterinya selalu meracau dan selalu berhalusinasi disebabkan penyakit tersebut. Oleh kerana masa saya yang singkat mereka hanya mendapat rawatan sementara tanpa pemulihan yang sempurna. Kerana untuk pemulihan yang sempurna mereka perlu dipantau selama seminggu seperti yang kita biasa lakukan di Klinik Penawar Sejati di Puchong sekiranya melibatkan santau. Kemudian esoknya bertolak ke Jolo, Sulu.

Untuk mengesan santau atau racun bisa dalam badan adalah mudah. Sebelum kita "sken" kita perlu tanya tanda-tanda lain sekiranya pesakit menyatakan dia susah tidur. Kemudian baru kita "sken" kehadiran makhluk santau dibelakangnya. Sekiranya ada maka pasti ianya "santau Bisa" kerana Jin Santau mudah dikenal pasti. Antara penangan santau bisa ialah sakit sendi dan belakang serta selalu batuk berkahak. 

Mengidap maigrin dan dada selalu sakit serta panas. Mengalami insomnea (susah tidur malam) dan lama-kelamaan sifat akan berubah menjadi pemarah. Nafsu sex semakin berkurangan malah mati terus. Bisnes yang diceburi semakin jatuh dan jatuh. Kiranya tidak dirawat akan menyebabkan serangan kepada paru-paru dan jantung lebih teruk lagi akan menjadi kanser. Penyakit seperti ini kita kategorikan sebagai penyakit ghaib atau mistik buatan manusia kerana Hospital sudah pasti gagal mengesan dan merawatnya.


Sampai di Jolo, Sulu, saya memulakan aktiviti dengan mengajar Peace Keepers Sultan Sulu ilmu berbekam. Saya hanya pilih beberapa orang yang berminat dan berpotensi. Tujuan latihan ini ialah mewujudkan pakar bekam dalam kumpulan Medik Peace Keepers untuk merawat penyakit-penyakit kronik yang sukar dirawat. Kerana kebanyakan rakyat Sulu hidup dibawah paras kemiskinan dan sudah tentu tidak dapat menanggung kos rawatan Hospital yang semakin tinggi. 


Di Jolo Sulu, saya merawat beberapa orang yang kebanyakannya mengalami gangguan makhluk halus santau dan sampuk. Sebahagiannya juga sakit kerana terlalu lama menggunakan Jin khadam. Kebiasaan kaum Tausug ialah menggunakan tangkal seperti batu dan sebagainya yang diikat di pinggang atau di leher. Kalau kita sken semua tangkal yang mereka pakai punya penjaga Jin (biasanya Jin tangkal adalah kafir) yang hebat-hebat sihirnya. 

Dalam hal ini saya hanya memberi mereka penjelasan berkenaan akibat dari penggunaan tangkal-tangkal selain dari ruqyah (Al-Quran dan Sunnah). Menghukum mereka syirik dan sebagainya ketika itu amatlah tidak sesuai. Tausug di Jolo, Sulu terkenal dengan pembunuhan guru agama atau Ustaz kerana pendakwah kebanyakannya lebih suka menghukum bid'ah, Syirik, khurafat dan sebagainya sedangkan tarbiah belum sampai atau belum kuat kepada Tausug. Maka kejahilan semakin berluasa hanya ketidak bijakan para pendakwah.

Pada satu ketika, semasa saya tengah membacakan doa pada air mineral tiba-tiba salah seorang kerabat Sultan Sulu datang bertanyakan hal anaknya yang masih kecil. Selalu menangis setiap kali dibawa datang ke Istana kebetulan mereka duduk jauh di Pulau Siasi. Bila di sken didapati anak kecil sakit berpunca dari ibu ayahnya yang juga mengalami gangguan mistik. Didapati juga anak kecil mereka mengalami gangguan fizikal dalam perut. 

Saya bacakan doa pada air mineral kemudian masukkan aura buah 50 jurus (isi pokok badan) dihimpun dengan Kalimah Syahadah lalu menyuruh memberi minum pada anaknya. Setelah minum air tawar tersebut selang sejam anak tersebut batuk-batuk lalu termuntah, dengan izin Allah swt keluar beberapa ekor cacing dari mulutnya. Anaknya kemudian lemah dan berhenti menangis. Saya suruh dia belikan anaknya ubat cacing di farmasi kerana itulah sakit fizikal anaknya.

Setelah selesai pertabalan Sultan saya pun kembali semula ke Sandakan dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Peralatan bekam dan alat penguji tekanan darah dengan begnya sekali saya tinggalkan pada mereka. Semoga mereka manfaatkannya insyaAllah.

Untuk melihat secara dekat apa yang berlaku di Jolo, Sulu, sila lawat blog pribadi saya di http://tausug-global.blogspot.com

Wakil Perguruan Gerak Sejati United Kingdom

0 ulasan
Foto kenangan Ustaz Syawal (3 dari kiri) berdiri tegak cara Gerak Sejati bersama anak-anak buahnya di Wales, Swansea. Ustaz Syawal antara yang dilantik Wakil Guru Gerak Sejati oleh Guru Utama GS, Ustaz Nazri Hussein pada tahun 2008 lalu.

InsyaAllah di masa-masa akan datang GS Malaysia akan berusaha mendapatkan foto-foto mereka di gelanggang. Kita tunggu kejutan meraka. Dengar-dengarnya Ustaz Syawal kita dah dapat merawat penyakit-penyakit pelik dari pesakit-pesakit mat salleh di Wales sana (ni mesti ramai pesakit dari awek-awek excorcise seperti yang kat dalam TV tu). Kita di Malaysia tidak sabar-sabar cerita mereka di Wales.

Diharap Ustaz Syawal kita dapat mengirim ceritanya yang saya rasa dah berguni-guni banyaknya selama beliau berada di sana sehingg hari ini kerana pengalaman beliau boleh dijadikan renungan bersama para ahli GS di Malaysia.

Jejaka Yang Bernama Syawal Yang Saya Kenali
Pertama kali berjumpa Ustaz kita ni ketika saya baru masuk Perguruan Gerak Sejati pada pertengahan tahun 2007. Ketika itu di Alam Sendayu Gombak beliau ajar saya teknik dan latihan "sken" aura pada tubuh kerana ketika itu beliau telah pun dilantik sebagai Jamaah Guru kepada Guru Utama Ustaz Nazri Hussein. Malangnya saya tak berjaya dan gagal mendapat sebarang rasa mahu pun art yang diajarkan oleh Syawal mungkin dosa terlalu banyak barangkali. Sebulan kemudian saya sudah boleh merasanya dan selalu merapatkan diri dengan Syawal kerana bagi saya dialah yang paling bersungguh-sungguh ajar saya gerak "sken" walau pun akhirnya saya masih gagal.

Satu kelebihan yang Allah bagi pada Syawal ialah ketajaman dan kejelasan Mata Ketiganya. Sebelum ini saya tidak tahu dalam Gerak Sejati mempunyai latihan membuka Mata Ketiga. Hal ini saya tahu setelah Syawal menyuruh saya melakukan sesuatu iaitu dia arahkan saya melukis satu bayangan naga di udara menggunakan fikiran (ma'arifat). Sebenarnya Syawal tidak tahu yang saya adalah pelukis kartun tentunya apa sahaja jenis benda yang mahu dilukis dapat saya lukis dengan baik. Bezanya lukisan yang ini tidak menggunakan pen dan kertas nyata, cuma gunakan fikiran atau bayangan yang dilukis di udara. 

Syawal menyuruh seorang lagi ahli Gerak Sejati melukiskan benda yang sama. Setelah siap dia pun periksa, dengan sedikit mengecilkan matanya beliau melihat apa yang saya lukis diudara kemudian dia bersuara "Hmmm... lukisan Asree cantik macam rupa naga atas tokong cina" sambil beliau menunjukkan gaya naga tersebut. Saya terkejut, bagaimana dia dapat lihat sedangkan saya hanya membayangkan dengan fikiran. Kemudian dia melihat yang seorang lagi "Mengapa kamu lukis kepala naga sahaja, badannya mana?", sahabat itu menjawab "Err... saya tak tahu lukis badan naga, hehehe". 

Sejak hari itu saya selalu termenung bagaimana Syawal boleh melihat perkara yang tak dapat dilihat oleh mata kasar? Saya bertanya kepada guru kami Ustaz Nazri tentang hal itu lalu beliau menjawab bahawa bukan setakat Syawal sahaja yang boleh melihat perkara yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, para wali Allah, para mukhlisin dan ramai lagi yang dapat kelebihan tersebut seizin Allah. Menurutnya lagi Allah swt cipta manusia ini dengan sebaik-baik makhluk mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Kita takjub dengan kelebihan manusia maka seharusnyalah kita lebih takjub dengan Allah swt yang mencipta manusia dan DIA lagi Maha Melihat.

Asreemoro
Khamis, 02hb April 2009.
Seri Kembangan Selangor.

Pancaindera Keenam

0 ulasan
Bahagian Ketiga
Kajian dan susunan Oleh: Ibnu Elaji Al-Bana'e

Pancaindera  Keenam (Mata Ketiga)
Secara saintifiknya manusia mempunyai 5 rasa pada kulit fizikal yang dinamakan Indera Penyentuh, iaitu rasa panas, rasa sentuh, rasa sakit, rasa sejuk, rasa tekanan. Lima rasa tersebut adalah yang kita panggil sebagai Pancaindera Pertama

Selain itu terdapat beberapa lagi pancaindera yang terdapat pada kepala. Iaitu mata, telinga, lidah, hidung yang secara fizikalnya kita gunakan untuk melihat, mendengar, merasa (manis, pahit, masam, tawar dll) dan menghidu bau. Pancaindera fizikal ini keseluruhan susunannya seperti berikut:

1. Indera Penyentuh
2. Indera Pengelihatan
3. Indera Pendengaran
4. Indera Rasa (Lidah)
5. Indera Bau (Hidung)

Secara fizikalnya manusia mempunyai 5 pancaindera, tetapi pengalaman manusia telah menjelaskan kewujudan SATU RASA lagi yang sukar dibuktikan dengan fizikal iaitu kebolehan merasa perkara ghaib. Inilah yang disebut sebagai PANCAINDERA KEENAM. Dalil syar’i menyatakan tiada yang lebih mengetahui tentang perkara ghaib melainkan Allah swt, yang Maha Mengetahui segala zahir dan yang batin. Walau bagaimanapun Allah swt telah melengkapkan kejadian manusia dengan “kelengkapan” yang tiada pada makhluk lain di muka bumi mahupun di seluruh alam semesta ini. Inilah kelebihan yang Allah swt kurniakan sebagai “sebaik-baik kejadian” kepada Bani Adam.

Pancaindera Keenam telah diberi kepada Bani Adam sejak dalam kandungan ibunya. Pemberian yang istimewa ini bukan untuk menyombong diri, ujub, bangga diri dan sebagainya tetapi untuk mensyukuri-Nya. Allah swt berfirman:

“Dan Allah telah melahirkan kamu menerusi rahim-rahim ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dialah yang menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati, agar kamu mensyukuri(Nya)” An-Nahl: 78

Ketika dalam rahim ibu kita tidak mengetahui apa pun, tetapi kita telah diberi Roh oleh Allah swt yang mana roh tersebut adalah dari Allah swt sendiri.  Seperti yang dinyatakan oleh-Nya roh tersebut adalah datang dari Roh (ciptaan) Ku. Roh (An-Nafs) itu sendiri bersifat “yang tahu” kerana mempunyai tiga pancaindera yang disebutkan itu (pendengaran, pengelihatan, hati). Tiga pancaindera ini adalah seperti “Mata” kepada Roh (An-Nafs) tersebut yang kita panggil sebagai “Mata Ketiga” (kerana Roh itu sendiri adalah ghaib sifatnya). Kelebihan inilah yang disebut sebagai “terbuka hijab” atau kasyaf kepada segolongan manusia yang khawwas ( Orang mukmin khusus).

Pada asalnya manusia sejak lahir memang terang mata ketiganya. Sebahagiannya tertutup (hijab) kerana faktor-faktor tertentu, sebahagiannya pula celik hingga mencapai usia tua terutama kepada golongan Mukmin yang Khawwas yang diberi karamah. Jangan hairan apabila didapati segolongan manusia dapat melihat makhluk-makhluk ghaib, atau dapat merasa sesuatu yang bakal berlaku mahu pun yang tak dapat dilihat, atau pun dapat mendengar sesuatu (bisikan-bisikan) yang tidak dapat didengar oleh orang lain (yang terhijab). Mata ketiga inilah yang dinamakan PANCAINDERA KEENAM, pelengkap kepada 5 pancaindera yang kita sebutkan di atas.

Allah swt mengajak kita memperhatikan diri sendiri untuk membuktikan kekuasaan-Nya yang ada pada diri kita. Dengan demikian kita akan bertambah kenal akan DIA:

“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” Az-Zariyat, 15:21

Berkata Abu Sangkan dalam bukunya Berguru Kepada Allah “…pernyataan ulama terkenal, Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu, barang siapa tahu (kenal) akan dirinya, maka dia tahu (kenal) akan Tuhannya”.

Demikianlah penjelasan terhadap pancaindera keenam (Mata Ketiga). Dalam hal ini perlulah dijelaskan, mata ketiga dan “gerak sken” mempunayi persamaan kerana datang dari SATU SUMBER iaitu “Bashirah” (mata hati) atau pun yang disebut “Yang Tahu”.

Penjelasan kepada Ahli Gerak Sejati:
Ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap manusia ada mata ketiga, tinggal lagi samada tinggi atau rendah jelas dan kurang jelas sahaja. Yang mendapat kelebihan tinggi ialah mereka yang dapat melihat makhluk-makhluk ghaib (terbuka hijab – pendengaran, pengelihatan dan mata hati) dan yang rendah hanya mampu dengan “gerak sken” itu pun dengan ketulusan hati dan latih tubi secara berterusan untuk mendapatkan “art” (seninya).

Alhamdulillah!! Mari kita bersyukur kepada Allah swt dengan segala pemberian nikmat pancaindera yang masih ada pada kita. Sekecil-kecil nikmat pun wajib kita syukuri inikan pula yang lebih besar seperti anugerah “mata ketiga”. Mari kita sama-sama istiqamah beribadat kepada-Nya, lakukan segala suruhan, menjauhi segala larangan-Nya, amin ya Rabbal Alamin!

Rabu, 2009 April 01

Percayakan Tuhan Bantu Atasi Stres

0 ulasan


Berita Harian Online, 
Jumaat, 06 Mac 2009  |  9 Rabiulawal 1430

Bukan ateis tenang hadapi masalah: Kajian 

TORONTO: Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan. 

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto berkata, otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan. Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah, menurut kajian. 

Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka, menurut kenyataan universiti itu. 

Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan. 

Solat adalah satu kaedah menenangkan jiwa yang terbaik dan terbukti menghilangkan stres. Kajian sains telah membuktikan solatnya orang-orang Islam bukan setakat menenangkan jiwa-raga mereka tetapi turut berjaya memulihkan beberapa jenis penyakit otot dan sendi. Kajian juga menunjukkan umat Islam yang taat, kes bunuh dirinya 0%. Negara Jepun kes bunuh dirinya sahaja pada tahun 2007 ialah seramai 33,000 orang adalah disebabkan stres.

Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan. 

"Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan". 

"Hubung kait ini kekal kukuh walaupun selepas mengawal personaliti dan kemampuan kognitif," kata Inzlicht sambil menambah peserta yang kuat agama tidak banyak melakukan kesilapan dalam tugasan Stroop berbanding golongan ateis. ? Agensi

Asree: Ateis bermaksud orang yang tidak percayakan kewujudan Tuhan, pendek kata "Tiada Agama".

Isnin, 2009 Mac 09

Kasyaf Dan Firasat


Bahagian Kedua
Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e

Mata Ketiga Dalam Perspektif Islam
Mata Ketiga bermaksud tersingkapnya tabir dan terlihat perkara yang ghaib-ghaib menggunakan "deria separa-sedar". Dalam ilmu Tasawwuf keadaan ini dipanggil Kasyaf yakni terbukanya hijab sempadan antara alam zahir dan alam ghaib dengan izin Allah swt. Maka terlihatlah segala makhluk-makhluk atau perkara-perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Para ahli Sufi khawwas yang kasyaf ini mereka akan mendapat firasat-firasat tertentu yang dianggap sebagai karamah. Geganjilan kasyaf ini juga turut dialami oleh orang awam. Sekiranya orang awam muslim yang mendapat kelebihan seperti ini disebut sebagai mendapat Ma'unah. Dan sekiranya orang kafir yang mendapatkannya maka disebut sebagai istidraj.

Kasyaf Sebahagian Dari Karamah
“Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah” (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani)

Pernah berlaku, sewaktu Sayidina Umar berada di Madinah, beliau telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab kasyafnya oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut. Secara spontan Umar menjerit memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit.

"Hai Sariyah! tolong betulkan kedudukan tentera kamu. Naik di atas bukit kerana di belakang bukit itu ada satu pasukan tentera musuh akan memukul kamu"

Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan. Kaum muslimin yang hadir di dalam masjid menjadi hairan melihat Umar memberikan arahan perang di tengah-tengah berkhutbah dari atas mimbar itu.

Cerita sahih berdasarkan pengalaman kasyaf seperti yang dialami oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. sangat banyak terutama dikalangan para Sahabat r.a. dan para waliyullah. Tidak akan muat dalam artikel sekecil ini.

Bagi ahli Sufi, Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga (dengan berserah diri kepada Allah swt), nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: 

"Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka".

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

Kasyaf antara lain ialah: 2) Kasyaf Telinga  3) Kasyaf Mulut  4) Kasyaf Akal  5) Kasyaf Hati

Maka kasyaf (terbuka hijab) menurut perpektif Islam boleh sahaja berlaku kepada orang awam yang Muslim dengan anugerah Ma'unah daripada Allah swt. 

Bersambung....

Pancaindera Keenam (Mata Ketiga)


Bahagian Pertama
Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e

Mata Ketiga Bagi Non-Muslim
Pancaindera Keenam di negara barat disebut Sixth Sense kadang-kadang juga disebut Third Eyes atau Mata Ketiga. Para pengguna Mata Ketiga dari kalangan Hindu-Buddha menyebut Mata Ketiga dengan Mata AJNA. Di barat ramai yang boleh mengendalikan Mata Ketiganya untuk berkhidmat membantu menyelesaikan perkara-perkara mistik sebagai ahli Psycic.

Definisi Mata Ketiga dari perspektif Hindu-Buddha adalah berdasarkan Hululiyyah (Bersatu dengan tuhan): Leo seorang pakar PSIKOLOGI TRANSPERSONAL dari Indonesia memberi definisi Mata Ketiga "TEMPAT menyatunya Roh Manusia dengan Roh Tuhan. Manusia memiliki roh namanya Roh Manusia. Tuhan itu Roh dan berhubungan dengan Roh Manusia. Tempat berhubungan antara Tuhan dan Manusia itu namanya Mata Ketiga".

Penafsiran Non-Muslim terhadap Kasyaf kadang-kadang berbeza antara satu dengan yang lain tetapi masih meletakkan asasnya sebagai "Bersatunya Roh manusia dengan Tuhan". Begitu juga dalam amalan Meditasi YOGA contohnya, mengekalkan senaman YOGA sebagai kaedah menghayati "separa sedarnya" untuk penerokaan mata ketiga iaitu shingga bersatu dengan Tuhan. Sebab itu mengapa unsur-unsur muzik yang mendayu-dayu dialunkan untuk membantu mendapat lebih ketenangan dalam menghayati MEDITASI alam Separa Sedarnya.

Sami-sami Hindu-Buddha meletakkan Tafakur atau MEDITASI sebagai kaedah awal memasuki alam Separa Sedar sekaligus dapat menggunakan Mata Ketiga. MEDITASI dilakukan bersama mantera-mantera sanskrit sebagai penambah kekusyukan. Dunia meditasi Hindu-Buddha adalah yang tertua jauh sebelum kemunculan Islam lagi. Para sami adalah yang paling dikagumi kerana kelebihan-kelebihan yang Mencarik Adat (yang sebenarnya Istidraj) sehingga golongan sami dianggap wakil Tuhan yang "mengetahui" perkara-perkara ghaib sekali pun ianya berupa sihir-sihir belaka.
Para sami juga sebahagiannyan mempunyai kemahiran menakjubkan seperti "Pengalaman Keluar dari Tubuh" atau disebut Out of Body Experiences (OOBE).

Para Sami Hindu-Buddha telah lama mengkaji keajaiban diri manusia sebab itu adalah tidak menghairankan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap titik-titik "power" yang ada dalam diri manusia. Berikut adalah kajian Hindu-Buddha tentang Mata Ajna (Mata Ketiga) yang disusun secara saintifik mengikut Chakra:

Chakra
Menurut Eddy Tenribra Gandranata menyatakan: "Kononnya Chakra yang ada dalam tubuh manusia itu berjumlah 365 Chakra terdiri dari Chakra Utama, Sederhana dan Kecil dan 72,000 meridian. Sehingga jumlah pusat energi atau chakra juga sangat banyak. Dari jumlah chakra yang banyak itu, maka 7 chakra utama adalah yang mempunyai tugas sangat penting bagi jiwa raga manusia.
Energi alam semesta, energi kundalini, energi tenaga dalam, bioenergi yang terdapat dalam makhluk hidup termasuk tumbuh-tumbuhan yang merupakan energi yang sangat vital yang mempunya sifat mirip dengan energi lain, seperti energi panas, energi elektrik, wap air dll, energi-energi ini merupakan salah satu cara penyembuhan alternatif melalui chakra. Jadi Chakra merupakan pusat energi yg merupakan titik pangkal dimana kalau darah mengalir melalui pembuluh darah, tapi energi-energi tersebut diatas mengalir melalui lorong meridian yg berpangkal pada titik-titik meridian tertentu pada tubuh lalu membentuk pusat-pusat energi.

Disebut juga chakra keenam, chakra mata ketiga, chakra kebijaksanaan, chakra pusat mata atau chakra master. Letaknya ditengah-tengah antara alis kita, kemudian 1 cm keatasnya. Chakra ini sangat istimewa, kerana ia melambangkan kebijaksanaan. Warnanya Indigo = Ungu kebiruan atau nila. Tugas utamanya mengendalikan dan memberi energi kepada kelenjar-kelenjar, sistem endokrin: Hyphothalamus dan Pituitary dan yang paling utama adalah Pineal Gland, kelenjar Pineal inilah yang sangat berperanan dalam hal teropong-meneropong! Lihat Gambar!
Yang unik lagi Chakra ini berfungsi juga mengawal dan mengendalikan kemampuan melihat sesuatu yang bersifat non-fizik (Metafizika), ini yang sering saya sebut Teropong jarak jauh, tentu yang dekat lebih-lebih boleh, dan bahasa londonya clairvoyance atau waskita. Juga intuisi yang sungguh peka mendengar dan menangkap visi, bisikan, tanda-tanda atau suara-suara Illahi. Juga mempunyai pandangan yang realistik. Chakra ini harus bersih, makin bersih hasil teropongnya juga makin jelas, tapi kalau kotor, jangan harap boleh lihat hasilnya, dengan kata lain hanya sekadar mendapat gelap gulita!!

Chakra-chakra itu harus senantiasa diaktifkan, termasuk chakra Ajna ini, makin aktif bererti makin tajam dan makin berkembang. Bagaimana cara mengaktifkannya? Dengan meditasi yg rutin dan olah raga (latihan) yang teratur.Yang paling bagus adalah dengan meditasi aktif atau gerakan, jadi seperti disembur air dengan tekanan tinggi.

Tetapi dengan cara olah raga lebih cenderung membersihkan chakra dasar, maka pada kebanyakan atlit chakra dasarnya lebih besar daripada chakra Ajna atau chakra mahkota. Pada hal kita perlu Chakra mahkota maupun ajna yang lebih besar dari chakra-chakra lainnya.
Bagaimana kita boleh mempunyai kemampuan meneropong itu, baca baik-baik keterangan di atas. Lakukan meditasi yang boleh membuka mata ketiga atau Tianmu, apakah setiap orang boleh mendapatkan kemampuan itu? Jawabnya bergantung kepada Xinxing dan Wuwei seseorang dan kaedah meditasinya".

Penjelasan
Berbeza dengan Mata Ketiga atau Kasyaf (terbuka Hijab) yang ada di dalam Islam. Syariat Islam terlalu berhati-hati mengawal dan menjaga keadaan ini dengan hanya memberi mandat atau kepercayaan kepada individu yang hampir dengan Allah swt sebagai yang mendapat kasyaf. Hampirnya para Waliullah itu kepada Pencipta lantaran mendapat kelebihan-kelebihan "Ketuhanan" bukanlah berdasarkan "bersatunya Roh manusia dengan Pencipta" (Hululiyyah) seperti yang di fahami oleh aliran Mata Ajna Hindu-Buddha. Bagi Islam, adalah mustahil Tuhan boleh bersatu dengan Makhluk-Nya. Perkara ini walaupun ada individu Ulama' Islam yang tertuduh menganut Hululiyyah seperti Al-Hallaj (Tanah Arab) dan Syeikh Ibnu Arabi (Andalusia), Siti Jenar(Tanah Jawa), Syeikh Al-Fansuri (Tanah Aceh) dan ramai lagi, tetapi kesahihannya masih diperdebatkan oleh para Ulama samada mereka benar-benar menganut Hululiyyah atau hanya sekadar fitnah kepada mereka. Larangan terhadap Hululiyyah dalam Islam sangat keras hinggakan menghukum "terkeluar dari Agama Islam" kepada penganut Hululiyyah, sekiranya tidak bertaubat halal darahnya untuk dikenakan hukuman bunuh.

Kesimpulan dalam hal ini ialah, Kasyaf atau Mata Ketiga itu boleh dilatih bagi mereka yang telah "Terbuka Hijab". Bagi yang belum boleh melakukan latihan-latihan Meditasi Chakra seperti yang disebutkan untuk membuka energi chakra masing-masing. Bagi umat Islam, perkara ini perlu diperhalusi. Latihan Chakra Ajna (Mata Ketiga) atau Kasyaf yang dilakukan oleh Non-Muslim seperti yang kami paparkan di atas sangat terdedah dengan gangguan-gangguan Jin dan Syaitan. Tersilap langkah boleh gila isim atau dirasuk hingga membawa kepada kegilaan halusinasi yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat pada umumnya.

Yang lebih merbahaya, gangguan Jin dan Syaitan tidak setakat menyebabkan berhalusinasi dengan perkara-perkara yang kononnya indah dan ajaib tetapi boleh menggelincirkan aqidah dengan hanya sekelip mata. Pembukaan Mata Ajna tanpa tuntunan secara Syar'i boleh menjerumuskan Muslimin kepada tahyul khayalan dan kegelinciran aqidah yang tiada penghujung lantaran tertutup kebesaran Ilahi dalam hati dan sanubari, hanya kerana kagum dengan "Kebolehan Sendiri" bermain Mata Ketiga menerobos Alam Semesta.

Bersambung....

Teknik Gerak Sken (Mengesan Aura)


Amaran: Jangan dicuba-cuba menarik Jin sesuka hati tanpa panduan dan pemantauan guru kerana dikhuatiri akan berlaku salah guna dan penganiayaan (terhadap golongan jin). Ia nampak mudah tetapi adalah merbahaya sekiranya tanpa pendinding mantap. Kerana makhluk halus yang gagal ditarik akan membalas balik apatah lagi yang terlalu zalim dan kuat sihirnya.

PERSOALAN GERAK “SKEN” (mengesan aura)
DALAM PERGURUAN GERAK SEJATI
Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e

Adakah gerak “Sken” (Mengesan aura menggunakan tangan) sama dengan Tilikan seperti yang dilakukan oleh para ahli sihir? Sedangkan Allah dan Rasulnya mengharamkan mendatangi ahli tilik, kahin atau ahli nujum?

Jawapan:
Ahli Tilik atau Kahin (peramal nasib, membaca tapak tangan dan seumpamanya) dan Ahli Nujum (Peramal masa depan dengan melihat bintang, meramal dengan mantera-mantera) adalah yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya dengan bukti pelbagai dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang kita maklumi. Sedangkan Gerak Sken pula adalah satu kaedah merasa aura iaitu mengesan "memori-memori” gerak-geri makhluk yang telah berlalu, bukannya meramal masa depan.

Menurut pakar Psycology yang mengkaji metafizika menyatakan bahawa setiap pekerjaan atau gerakan manusia yang telah dilakukan samada yang dilakukan oleh segala makhluk di muka bumi mahupun di alam semesta ini, segalanya akan terakam menjadi ”memori”. Manakala memori itu pula boleh dikesan dengan kaedah-kaedah tertentu bagi mereka yang mengetahui kaedahnya. Ini bermakna gerak sken hanya mengesan yang telah berlaku atau sedang berlaku, bukannya yang belum berlaku atau terjadi lagi. Yang belum berlaku itu adalah perkara dalam urusan Tuhan yang Maha Kuasa (Walaubagaimana pun sebahagian dari golongan manusia khawwas terutama para Waliullah kadang-kadang mendapat firasat tentang sesuatu perkara yang bakal berlaku. Perkara ini dinamakan Karamah).

Gerak sken sekirannya dilihat secara zahir ada persamaan dengan tilikan, sedangkan pada hakikatnya berbeza dari segi kaedah dan tujuan. Mari kita lihat perbezaannya:

Tilikan Ahli Sihir:

  • Dilakukan dengan bantuan Jin atau makhluk halus dengan mantera-mantera tertentu atau menggunakan asap kemenyan, keris lama dan menjamu hantu (bernegosiasi dengan jin dengan menuruti kehendak jin seperti menyembelih ayam hitam dll).
  • Meramal masa depan dan musibah-musibah yang akan datang.
  • Tidak membawa kepada mendekati Allah dan Rasulnya malah memecah belah masyarakat sebagai ejen santet/santau atau ilmu hitam.

Gerak Sken (mengesan aura):
  • Kaedah yang terbit dari HAQ dalam diri manusia yang Allah Azza Wajallah telah berikan kepada Bani Adam sejak penciptaannya.
  • Dilakukan dengan hati yang tenang dengan zikrullah dan doa (ruqyah) minta bantuan serta petunjuk Ilahi.
  • Gerak Sken tidak akan berjaya kalau tiada rasa ”ta’abbud” kepada Sang Pencipta malah bersikap sombong, ujub, bangga diri dan kemaksiatan sedangkan gerak sken itu sendiri adalah HAQ Allah Taala.
  • Tidak menggunakan perantaraan Jin, Syaitan atau semangat-semangat mana-mana makhluk, hanya semata-mata menggunakan HAQ (An-Nafs).
  • Diguna untuk mengesan penyakit atau aura-aura negatif mahupun aura-aura positif dengan kaedah mengesan ”memori”, kerana setiap memori mempunyai aura yang boleh dikesan.
Dengan menggunakan Gerak Sken yang digabungkan dengan bacaan doa (ruqyah), dengan izin Allah swt sihir-sihir dan kedudukan gangguan makhluk halus boleh dikesan. Kerana setiap gerakan samada yang zahir dan yang batin akan meninggalkan kesan (memori) yang boleh dirasa menggunakan telapak atau jari tangan. Bagi mereka yang mempunyai bashirah (mata hati), kebanyakan kes mereka tidak memerlukan Gerak Sken yang menggunakan tangan cuma menggunakan "rasa hati" sudah cukup.

Kelebihan Manusia
Anak Adam mempunyai kelebihan di muka bumi ini berbanding makhluk lain. Bukan sahaja dijadikan ”Khalifah” malah dinobat sebagai ”Sebaik-baik kejadian” oleh Allah swt dalam Al-Quran. Satu kelebihan yang Allah swt bagi ialah Roh yang diciptanya kepada Bani Adam iaitu seperti ketika Allah swt memasukkan Roh (Ciptaan) KU dalam jasad Nabi Adam a.s.:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ”Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya Roh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” Al-Hijr, ayat 15:28-29.

BERSUJUDnya sekelian makhluk kepada manusia ciptaan-Nya iaitu setelah Roh (ciptaan) KU telah ditiupkan kedalam, maka itulah dia yang dinamakan HAQ. Ia adalah jiwa kepada manusia yang Imam Al-Ghazali menyebutnya sebagai An-Nafs al Insaniyyat dalam kitab Ihya Ulumuddin. An-Nafs itulah asas kepada Gerak Sken. Ini kerana An-Nafs itu bersifat Yang Tahu, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran:

”Akan tetapi di dalam diri manusia ada bashirah (yang tahu)” Al-Qiyamah, ayat 75:14

Dalam hal ini, Abu Sangkan dalam bukunya Berguru Kepada Allah menyatakan, ”Kata Bashirah ini disebut sebagai yang tahu atas segala gerak manusia, sekali pun sangat rahsia (sifatnya)”

Roh adalah jiwa kepada fizikal yang secara otomatik membawa gerakan nafas tanpa dapat dihalang kerana ia (nafas) adalah hak milik mutlak Allah swt. Nafas menarik oksigen ke otak dan menular ke seluruh badan, secara saintifiknya tanpa oksigen sel-sel yang ada di seluruh badan akan mati. Sekiranya nafas sudah terputus maka menandakan akan terpisahnya Jasad dengan Roh. Jasad akan kembali ke tanah (sebagai tempat asalnya) dan Roh akan kembali ke hadirat Maha Pencipta kerana Roh adalah datang daripada-Nya sepertimana yang Dia sebut Roh (ciptaan) KU.

”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”, Surah Al-Baqarah, ayat 156.
Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada-Nya jua tempat kita kembali.

YANG TAHU itu juga dalam istilah Tasawwufnya dipanggil Kasyaf atau pun Pandangan Tembus. Hal ini, Muslimin yang Mukmin yang selalu menghampiri dirinya kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan memperbanyak zikir, akan mendapat banyak kelebihan dari Allah swt. Bukan sahaja doa mereka makbul malah mempunyai Pandangan Tembus yang lebih telus dan jitu berbanding manusia lainnya. Sebab itu Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah” (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani)

Bersambung.....

Ahad, 2009 Mac 08

Keajaiban Dan Kekuatan Manusia



Penjelasan Prof Dr Rahim Salam tentang bagaimana tubuh manusia diatur oleh MAHA PENCIPTA melalui satu titik ganjil yang ada dalam otak manusia. Satu titik tanpa mempunyai apa-apa tindak balas kimia tetapi mampu mengawal keseluruhan perjalanan organ dalaman manusia. Dalam kajian beliau juga jasad manusia terbahagi dua iaitu Jasad Lahir dan Jasad Ghaib. Induk kepada Jasad Lahir ialah Jasad Ghaib. Tanpa penjagaan yang baik terhadap Jasad Ghaib akan memudahkan Jasad Lahir dijangkiti penyakit. Mudahnya masuk aura sihir dan segala serangan jin terhadap manusia adalah kerana lemahnya Jasad Ghaibnya. Jasad Ghaib boleh dikuatkan dengan zikrullah, Solat, membaca Quran dan amalan-amalan ruqyah malah antara yang paling efektif menurutnya ialah melakukan senaman pernafasan yang betul dan teratur.

Sebenarnya Jasad Ghaib yang dimaksudkan oleh Prof Dr Rahim ialah kekuatan Roh atau semangat manusia itu sendiri. Individu yang lemah semangat seperti penakut, mudah gemuruh dan bermacam-macam lagi sememangnya mempunyai mental yang dipenuhi oleh negatif dan prasangka. Ini adalah kerana lemahnya yang dikatakan Jasad Ghaib itu. Telah terbukti bahawa manusia mempunyai "power" yang luar biasa sekiranya kita menemui rahsianya. Allah swt telah jadikan manusia sebagai Khalifah yang sudah tentu mempunyai senjata "rahsia". 

Sekiranya manusia menemui rahsianya, kekuatan tenaganya akan mengatasi kekuatan Jin Ifrit sekali pun. Mari kita lihat kehebatan pengikut Nabi Sulaiman a.s. bagaimana beliau membawa singgahsana Puteri Balqis dari kerajaan Saba' sebagai bukti kehebatan manusia yang arif tentang rahsia dan menggunakan kekuatan dirinya.

Kisah nabi Sulaiman memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba’ ke negeri Palestin yang berjarak 2,000 km dalam hitungan masa yang singkat memancing pemikiran kita untuk mengetahui bagaimana teknik pemindahan singgasana tersebut. 

Seperti tercantum dalam Al-Quran Surah An-Naml: 38. Berkata Sulaiman: 
"Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri" 39. 

Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: 
"Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya" 40. 

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab
"Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, Dia pun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia" 

Ilmu dari Al Kitab di atas bermaksud: ialah Kitab yang diturunkan sebelum Nabi Sulaiman ialah Taurat dan Zabur. Menurut para ahli makrifat berpendapat bahawa yang dimaksudkan sebagai mempunyai ilmu dari Al-Kitab itu ialah pengetahuan tentang rahsia-rahsia tentang Kalamullah (Taurat dan Zabur) serta kaedah mengaplikasikannya lantaran mampu melakukan perkara ajaib.

Dari pembesar-pembesar anak buah Nabi Sulaiman baik dari kalangan jin dan manusia diberi cabaran untuk memindahkan singgasana Ratu Balqis. Jin Ifrit menyanggupi memindahkan dengan waktu sebelum Nabi Sulaiman berdiri. Tetapi kemampuan jin Ifrit itu dipatahkan oleh seorang yang berilmu (ilmuwan) bernama Asif bin Barkhiya dengan menyanggupi memindahkan singgasana yang letaknya 2,000 km dari Palestin sebelum mata berkedip! 

Sekali mata manusia berkedip dalam hitungan saat sedang Asif bin Barkhiya menyanggupi sebelum mata berkedip atau kurang dari satu saat! Kecepatan itu hanya mampu ditandingi oleh kecepatan cahaya. Ini adalah petunjuk penting bahwa pemindahan singgasana ratu Balqis menggunakan teknologi yang sangat maju disebut teleportasi. 

Asif bin Barkhiya merupakan ilmuwan yang menguasai teknologi teleportasi, bukan ilmu sihir kerana sihir selalu menggunakan jin. Sedangkan jin Ifrit yang merupakan jin cerdik pun tidak dapat mengalahkan teknologi itu. Teknologi tinggi bagi orang yang tidak menguasai pun laksana sihir. Seperti di zaman sekarang pun teknologi masih sangat menakjubkan bagi orang awam yang tidak tahu cara kerjanya. Kesimpulannya iaitu teknologi teleportasi sudah dikuasai ilmuwan di zaman Nabi Sulaiman a.s.

Wallahu 'alam bisshawab

Ibnu Elaji Al-Bana'e

Sebahagiannya di petik dari : http://febdian.net/drupal/node/196
 

Kesatuan Tenaga Dalam SeNusantara Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template